Hari Pertama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Ini Arahan Yang Dikeluarkan Kepada Kerajaan Untuk Kebaikkan Umat Islam, Alhamdullilah

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, semalam menamatkan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas beberapa negara majoriti penduduknya Islam.

Pentadbiran baharu AS menyifatkan tindakan itu, yang dikenakan oleh Presiden AS sebelum ini, Donald Trump, sebagai ‘diskr1minasi’.

Biden menandatangani perintah eksekutif itu di Pejabat Oval selepas mengangkat sumpah sebagai presiden ke-46 negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Dalam perisytiharan itu, beliau berkata AS ‘dibangun di atas landasan kebebasan beragama dan toleransi, suatu prinsip yang termaktub’ dalam perlembagaan negara.

Presiden AS, Joe Biden, menandatangani perintah eksekutif di Pejabat Oval selepas mengangkat sumpah jawatan. - Foto EPA

Trump mengenakan larangan itu pada Mac 2017 dengan perintah eksekutif diikuti proklamasi yang memperkenalkan proses kelayakan dan pemeriksaan.

Ia ditakrifkan sebagai sebagai cubaan menyusup masuk ‘pengg4nas’ atau ‘anc4man keselamatan awam’, sebagai langkah menghalang individu memasuki AS dari negara Islam.

Larangan itu merangkumi beberapa negara Afrika termasuk Syria, Somalia, Yaman, Iran, Iraq, Libya dan Sudan.

“Keselamatan nasional kita akan ditingkatkan dengan membatalkan Perintah Eksekutif dan Proklamasi itu,” kata Biden, yang turut mengarahkan semua kedutaan dan konsulat AS meneruskan proses permohonan visa berdasarkan langkah itu.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, dalam satu taklimat media, berkata sekatan terbabit ‘berakar umbi daripada perasaan benci pada agama, dan xenofobia (benci dan takut pada orang asing).

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyambut baik tindakan itu dan menyifatkan sebagai langkah pertama yang penting untuk menghentikan dasar ant1-Islam dan ant1-imigran oleh pentadbiran sebelum ini.

“Ia menepati janji kempen kepada masyarakat Islam dan sekutunya,” kata ketua pertubuhan itu, Nihad Awad.

Sumber: BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Hari Pertama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Ini Arahan Yang Dikeluarkan Kepada Kerajaan Untuk Kebaikkan Umat Islam, Alhamdullilah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*