Kanak Kanak Main Basikal Tak Pakai Mask, Ayah Disaman. KPD Kuala Langat Jelaskan Apa Sebenar Yang Berlaku

KUALA LANGAT – Gambar tular berhubung dua kanak-kanak berbasikal dikomp4un kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizam Tukiman berkata, perkara itu telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab dalam memberikan gambaran pihak polis mengambil tindakan kepada sesiapa tanpa sensit1viti serta pendekatan budi bicara semasa menangani isu C0vid-19.

“Isu itu tidak benar kerana k0mpaun dikenakan terhadap individu lain pada Isnin lalu yang tidak memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal mengikut Akta 432.

“Selain itu, individu tersebut tiada kaitan dan bukan penjaga kepada dua kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di laman sosial menyatakan seorang bapa dis4man kerana membiarkan kanak-kanak yang bermain basikal tidak memakai pelitup muka dalam kejadian dikatakan berlaku di Telok Panglima Garang di sini.

Kata Azizan, gambar pegawai polis bersama dua kanak-kanak itu adalah isu berlainan semasa rondaan pencegahan jen4yah di kawasan taman perumahan.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan rasa ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam.

“Perlakuan ini adalah satu jen4yah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum menyebarkan perkara yang tidak sahih,” jelasnya.

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kanak Kanak Main Basikal Tak Pakai Mask, Ayah Disaman. KPD Kuala Langat Jelaskan Apa Sebenar Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*