Warga Emas Minta Tolong Semua Apabila Kereta Dia ‘Dicuri’. Anggota Polis Sampai Dan Mereka Terus Jumpa

Ranau: Bukan hilang dicuri, sebaliknya terlupa di mana parkir kenderaan.

Itu yang berlaku ke atas sepasang warga emas berusia 60-an apabila mereka gagal menemui kereta selepas membeli barang keperluan di pasar Pekan Ranau, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi, pasangan terbabit dikatakan panik selepas gagal menemui kereta mereka sebelum memohon bantuan orang ramai sehingga satu kenyataan tular di laman sosial bagi memohon bantuan mengesan kereta Proton Iswara berwarna kelabu milik suami isteri terbabit.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya turut menerima maklumat mengenai kehilangan kereta itu menerusi pasangan terbabit yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, polis menemui kenderaan terbabit yang diletakkan hanya selang tujuh petak parkir dari lokasi disangka hilang,” katanya.

PIHAK polis menemui kenderaan milik pasangan warga emas yang hanya selang tujuh petak parkir kereta dari lokasi disangka hilang. FOTO ihsan PDRM

Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati kereta berkenaan tidak dikunci.

“Polis sudah menemui salah seorang pemilik kenderaan dan dia mengakui kecuaian sendiri disebabkan terlupa lokasi parkir kenderaan.

“Mujur tiada kerosakan atau kehilangan harta benda berlaku,” katanya.

Menerusi ruangan komen di Facebook berhubung kenyataan polis mengenai penemuan kenderaan itu, rata-rata netizen didapati memuji tindakan polis yang pantas bertindak membantu pengadu walaupun ia bukan disebabkan kecurian.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Warga Emas Minta Tolong Semua Apabila Kereta Dia ‘Dicuri’. Anggota Polis Sampai Dan Mereka Terus Jumpa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*