Ex Skandal Shuk, Kecik Hyper Act Tampil ‘Sound’ Shuk Yang Pasti Buat Dia Terfikir

KISAH rumah tangga Shuk Sahar menjadi perbualan netizen sejak semalam apabila isterinya Rossalennah mendakwa pelawak itu berlaku curang sekali lagi.

Pendedahan itu juga menarik perhatian bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik yang pernah mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan wanita yang dikaitkan dengan Shuk itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, Kecik atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Kamarudin meminta agar Shuk menjadi lebih matang dan tidak membuatkan isterinya menderita.

“Eh jadi pulak? Kecik harap isteri Shuk (Sera) dapat harungi semua ini dengan tabah.

“Shuk please matang! Jangan buat isteri macam ini,” katanya.

Sebelum ini, Kecik pernah membuat pendedahan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan beberapa tahun lalu.

Katanya, dia berada dalam sebuah hubungan toksik dan wanita itu menjadi punca dia dibuang daripada kumpulan Hyper Act.

Biarpun pendedahannya itu dikecam netizen, namun Kecik berkata tindakannya berbuat demikian adalah untuk memberi pengajaran agar tiada lagi lelaki lain yang akan menjadi mangsa.

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan wanita yang sama pada sekitar Julai tahun lalu.

Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natasyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

KREDIT: MstarOnline

Be the first to comment on "Ex Skandal Shuk, Kecik Hyper Act Tampil ‘Sound’ Shuk Yang Pasti Buat Dia Terfikir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*