Gadis Tanya Teman Lelakinya Sediakan Wang Hantaran RM20K, Jawapan Yang Teman Lelakinya Bagi Memang Win Habis

Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak ketahui oleh hamba-Nya. Ia tidak akan datang bergolek jika kita sendiri tidak berusaha untuk mencarinya.

Walaupun manusia ditakdirkan untuk hidup berpasangan, namun jodoh tak semestinya datang bergolek. Ada yang mudah bertemu jodoh, tak kurang juga yang ada hasrat untuk berkahwin tapi sukar bertemu kekasih hati. Ternyata bukan mudah sebenarnya nak memilih pasangan hidup.

Harta sebenarnya bukan faktor utama yang mesti dipertimbang dalam hal memilih jodoh. Kerana keberadaan harta ibarat bayangan yang satu saat boleh lenyap dalam waktu sekejap. Baru-baru ini, tular satu perbualan WhatsApp tentang hal ini.

Dalam perbualan itu, si gadis menyuruh teman lelakinya menyatakan pekerjaannya yang bergaji tinggi kepada ibunya. Gadis itu juga menyuruh teman lelakinya memyediakan wang hantaran RM20 ribu. Memang tak salah meminta wang sebanyak itu, tetapi cara penyampaian si gadis itu macam tak kena caranya. Lalu teman lelakinya berikan jawapan yang agak pedas untuk si gadis itu untuk terima. Dibawah adalah perbualan mereka.

Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya. Setiap orang berhak untuk memilih siapa pasangan hidup mereka ini. Jual mahal atau terlalu memilih itu semua bergantung kepada individu tersebut, tetapi jangan sesekali kita menghakimi mereka dengan beranggapan bahawa mereka ini terlalu memilih akan pasangan hidup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jan gan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih, nyatakan pendapat anda dalam hal ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-kom en yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir pan jang terlebih dahulu sebelum men ulis komen anda disini. Pihak ad min juga tidak mampu untuk pan tau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gadis Tanya Teman Lelakinya Sediakan Wang Hantaran RM20K, Jawapan Yang Teman Lelakinya Bagi Memang Win Habis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*