Kerana Curang Dengan Isteri, Shuk Hotfm Digantung Kerja Sebagai Deejay. HotFM Jelaskan Sebab Kenapa Mereka Tidak Benarkan Shuk Jadi Deejay

PELAWAK Shuk Sahar digantung kerja serta merta sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot.

Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

Iklan
“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.

Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Nombor Telefon Tersebar Di Media Sosial, Fara Salleh Terima Mesej Makian Daripada Netizen

Masih belum berkesudahan kemelut yang melibatkan antara penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama wanita bernama Fara Salleh.

Terbaru, Fara memuat naik sebuah entri yang mendedahkan kiriman mesej yang diterima daripada warganet di Instagram (IG) serta di aplikasi WhatsApp.

Antara kandungannya adalah kecaman dan makian daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya selepas didakwa masih berhubung dengan Shuk.

Tidak cukup dengan itu, ada juga mesej yang berbaur lucah dan mengaibkan.

Malah, Fara bertindak memaparkan wajah-wajah segelintir individu yang menghubunginya.

Nombor telefon Fara tersebar selepas Rossalennah memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan perbualannya bersama Shuk.

Pada Sabtu lalu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Be the first to comment on "Kerana Curang Dengan Isteri, Shuk Hotfm Digantung Kerja Sebagai Deejay. HotFM Jelaskan Sebab Kenapa Mereka Tidak Benarkan Shuk Jadi Deejay"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*