Lelaki Ini Sarankan Cikgu Untuk Pakai PPE Dalam Bilik Darjah. Netizen Mula Tinggalkan Komen

PETALING JAYA- Guru-guru yang perlu menjalani sesi persekolahan secara bersemuka disaran untuk memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan ketika mengajar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mengkaji semula aspek keselamatan guru khususnya mereka mengajar pelajar calon peperiksaan.

Gambar Hiasan

“KPM juga perlu menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti pelitup muka dan baju ‘overcoat’ mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan guru lebih terjamin,” katanya tadi.

KOMEN NETIZEN:

Rata rata netizen memang agak terkejut dengan kenyataan guru harus memakai pakaian PPE seperti di hospital jika ada klass bersemuka dengan pelajar.

Netizen mula meninggalkan komen tentang cadangan tersebut.

“Tak pengsan ke nanti cikgunya?”

“Lepas ni pensyarah..pastu cikgu taska last skali cikgu Suraya ..kepam la memasing sebab panas..hmmm”

“Pakai mask dan faceshield memadai”

NUTP gesa guru di sekolah dilengkapi PPE | Free Malaysia Today (FMT)

Gambar Hiasan

“Pekeje kilang. Pekeje2 kerajaan.swsta.org2 keje dlm opis pon kne gak pki PPE.baru adil..setuju x..jgn main ckp jer..”

“Cikgu x per la.. Klu pengusaha kantin Di suruh pakai mcm nie cair habis luar dlm.. Seksa seksa..”

“Okla tu ramai2 pakai ppe..br tau cmne kami frontliner rasa..mgkin dh smpi masa kerajaan dh boleh wajibkan sesiapa saja nk klua rumah kena pakai ppe..haaa br betul SOP”

“Cmna nak tiktok kalau pakai ppe ,kerajaan ni xleh nk pikir logik ka apa”

Sumber : KOSMO ONLINE

Be the first to comment on "Lelaki Ini Sarankan Cikgu Untuk Pakai PPE Dalam Bilik Darjah. Netizen Mula Tinggalkan Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*