Isteri Shuk HotFM, Rossa Tiba Tiba Tunjuk Satu Gambar Yang Buat Netizen Mula Tanya Soalan

Sudah empat hari berlalu, namun kisah kontroversi yang melibatkan pengacara Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah masih menjadi tumpuan warganet.

Baru-baru ini, posting Rossalennah di Instagram (IG) menjadi perbualan ramai selepas menunjukkan foto ‘wallpaper’ di telefon bimbit miliknya.

Mengikut tarikh yang tertera iaitu 25 Januari, Rossalennah masih mengekalkan gambar bersama Shuk dan anak pada skrin tersebut.

'Wallpaper' Telefon Isteri Masih Gambar Shuk, Netizen Mula Berteka-Teki -

Meninjau ke ruangan komen, hampir 3,000 respon daripada kalangan netizen yang tertanya-tanya status hubungan mereka berdua.

Malah, ada segelintir yang beranggapan pasangan suami isteri ini sudah berdamai.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan gagal apabila mesej yang dihantar tidak dibalas dan panggilan telefon juga tidak dijawab sejak isu ini hangat.

Terdahulu, kecoh apabila Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Fara Salleh.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Isteri Shuk HotFM, Rossa Tiba Tiba Tunjuk Satu Gambar Yang Buat Netizen Mula Tanya Soalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*