Hafreez Adam Kongsi Kisah KenaRaba Dan GangguanYang TidakMasuk Akal Oleh Perempuan

Pelakon Hafreez Adam berkongsi kisah tentang gangguan s3k5sua1l yang terjadi bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada lelaki.

Hafreez mengambil keputusan untuk berkongsi kisah tersebut apabila ada yang bertanyakan tentang gangguan s3k5sua1l (s33xua4l har4ssm33nt) ketika dia membuat live di Instagram miliknya.

“Semalam masa buat live, ada seorang ni tanya pasal s33xua4l har4ssm33nt. Okay, Abe nak tanya if lelaki bergurau tepuk pun6gung perempuan, korang anggap tu apa?” tanya Hafreez di ruangan IG Stories yang kemudiannya dikongsikan pada entri Instagram miliknya.

Menurut Hafreez, rata-rata yang menjawab menyatakan ianya satu gangguan seksual.Namun, tambah Hafreez lagi, apabila dia menukar soalan kepada wanita yang menepuk punggung lelaki, tidak ramai yang menjawab bahawa itu juga satu gangguan seksual.

“Itu dikira s33xua4l har4ssm33nt juga. Tak kisah kau lelaki/perempuan. Buat dekat perempuan/lelaki. Itu adalah s33xua4l har4ssm33nt.Kalau ikut kata kawan, antara syarat di tempat kerja dorang, nak pegang bahu/tangan tanpa kebenaran pun tak boleh. Apatah lagi anggota sulit (private parts),” tulis Hafreez.

Tambahnya, perkara tersebut pernah terjadi kepada dirinya ketika di set lakonan apabila ada perempuan yang melakukan perkara tersebut kepadanya.

“Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu prempuan ni (but abang-abanglah) suka grab my ass and chest. Mula-mula Abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’, Then dia gelak.Abe tahu dia gurau. Sebab dia cakap dia tak suka lelaki pun. The problem was, it’s my body, dan Abe tak comfortable orang pegang/tepuk dekat situ. Abe pernah cakap, ‘janganlah. Aku tak suka’. But dia buat juga. Sebab pada dia, it was a joke. My fault juga sebab tak bertegas,” tulis Hafreez lagi yang membahasakan dirinya Abe.

Tulis Hafreez lagi, itu bukan kali pertama perkara tersebut terjadi. Lebih memalukannya apabila kejadian tersebut berlaku di tempat awam.

“Ada satu time tu dia buat masa tengah shoot outdoor. Dekat mall. Abe cakap ‘kau kenapa? Kau nak aku grab kau juga ke?’ (which was stupid of me lah). Jangan cakap macam tu okay! I said it out of frustration, obviously.

“Then dia laju cakap, ‘tak boleh. Aku perempuan’, sambil gelak-gelak. Waktu tu baru Abe sedar betapa double standard nya isu ni pada mata orang.It’s okay untuk perempuan buat. Apparently it’s just a joke. Tapi lelaki kalau buat laju sahaja kena bash. And if lelaki cakap isu ni, orang pandang serong,” tulis Hafreez seolah terkilan.

Hafreez juga berharap perkara seperti itu tidak dijadikan satu kebiasaan. Menurutnya, perkara itu mungkin okay jika kedua-dua pihak tidak kisah, tetapi jika salah seorang tidak suka, ianya menjadi s33xua4l har4ssm33nt.

Kredit:GEMPAK

Be the first to comment on "Hafreez Adam Kongsi Kisah KenaRaba Dan GangguanYang TidakMasuk Akal Oleh Perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*