Lima Kariah Surau Disiasat Sebab Langgar SOP PKP, Ramai Yang Tampil Luahkan Rasa Tak Puas Hati

Seremban: Tindakan ahli kariah Surau Taman Matahari Height Senawang, di sini, yang dipercayai berkumpul di ruang makan surau berkenaan semalam, dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Mereka dikatakan berkumpul di ruang makan berkenaan sambil menikmati makanan ringan selepas selesai solat Maghrib sementara menunggu waktu solat Isyak.

Anggota penguat kuasa yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan menyerbu lokasi terbabit dan menyoal siasat mereka yang berkenaan.

Jurucakap JHEAINS, berkata terdapat lebih lima individu berkumpul di ruang makan surau berkenaan antara waktu Maghrib dan Isyak.

Katanya, tindakan ahli kariah surau berkenaan melanggar garis panduan yang dikeluarkan jabatan itu mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“JHEAINS sudah mengeluarkan arahan sebelum ini mengenai larangan berkumpul di masjid dan surau sebelum dan selepas solat.

“Kebenaran solat berjemaah diberikan dengan mengikut kapasiti ruang solat masjid dan surau.

“Anggota penguat kuasa merekodkan semua nama individu yang terbabit dan mereka diberikan amaran serta diminta hadir ke pejabat ini dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut,” katanya tadi.

Beliau berharap kes berkenaan tidak berulang dan menggesa semua pihak mematuhi SOP serta garis panduan yang dikeluarkan.

Terdahulu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli menegaskan umat Islam di Negeri Sembilan perlu terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan pihak berkuasa ketika berada dalam kawasan masjid, surau dan ketika bersurai selepas melaksanakan ibadah.

Beliau berkata, tindakan itu penting supaya tidak membuka ruang fitnah kepada umat Islam dan dalam masa sama boleh terus melaksanakan ibadah dengan tenang di samping menghidupkan masjid dan surau.

“Setiap individu Muslim hendaklah bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam agar tidak diperlekehkan oleh orang lain.

“JHEAINS tetap konsisten untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran SOP sama ada oleh individu, jemaah atau pihak jawatankuasa masjid,” katanya.

Pandangan Orang Ramai

 

KREDIT: HMetro

Be the first to comment on "Lima Kariah Surau Disiasat Sebab Langgar SOP PKP, Ramai Yang Tampil Luahkan Rasa Tak Puas Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*