Raffi Ahmad Kongsi Pengalaman Dapat Suntikan Vaksin, Dia Beritahu Apa Yang Dia Rasa Dan Terjadi Selepas Terima Suntikan

Jakarta: Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad mengakui hanya mengalami kesan sampingan ringan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 kali kedua, hari ini.

Raffi berkata, dia tidak berdepan sebarang kesakitan teruk sebaliknya hanya seperti digigit semut.

“Cuma mengantuk sedikit dan kebas saja. Tiada kesan negatif atau sakit teruk dialami.” katanya.

Menurut Raffi, dia berharap masyarakat tidak perlu takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Raffi juga menegaskan suntikan vaksin adalah salah satu cara supaya masyarakat Indonesia terus kekal sihat.

Tidak hanya itu, Raffi juga memaklumkan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi juga sudah menerima suntikan vaksin itu.

Justeru, dia berharap rakyat Indonesia tidak bimbang atau ragu-ragu bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang sedang dijalankan di Indonesia.

“Aduh jangan takut untuk menerima vaksin. Tetap semangat. Presiden juga sudah vaksin. Percaya kepada pemerintah sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Raffi menjadi salah seorang penerima vaksin Covid-19 yang terawal di Indonesia bersama dengan Jokowi pada 13 Januari lalu.

KREDIT: HMetro

Be the first to comment on "Raffi Ahmad Kongsi Pengalaman Dapat Suntikan Vaksin, Dia Beritahu Apa Yang Dia Rasa Dan Terjadi Selepas Terima Suntikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*