Dua Wanita Ini Diburu, Kantoi Taktik Licik Curi Di Kedai Emas

Mencuri merupakan suatu kesalahan jenayah yang berat dalam Islam. Menurut syarak, mencuri adalah perbuatan seseorang yang mukallaf mengambil harta orang lain secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan
pemiliknya.

Ia berbeza dengan merompak atau menyamun yang ditakrifkan sebagai mengambil harta orang lain dengan kekerasan, paksaan, ugutan atau ancaman. Hukum mencuri adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan memiliki sesuatu harta secara batil.

Kuala Berang: Polis giat mengesan dua wanita dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes curi di sebuah kedai emas di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan dikehendaki untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 380 KK kerana curi dalam bangunan.

“Kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rezza di talian 013-6777128 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis juga mengingatkan masyarakat terutama pemilik kedai emas supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan trend kejadian jenayah yang dilakukan oleh suspek,” katanya.

KREDIT HMetro

Be the first to comment on "Dua Wanita Ini Diburu, Kantoi Taktik Licik Curi Di Kedai Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*