Pakar Motivasi Datuk Azizan Osman Dedahkan Satu Keluarga Terkena C0Vid Tapi Yang Paling Menyedihkan Apabila Salah Seorang Dari Mereka Meniinggal

KUALA LUMPUR: Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman hari ini mengesahkan beliau dijangkiti wab4k COVID-19 selepas berkontak rapat dengan seorang pesakit yang sama pada 7 Januari lalu.

Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebooknya, Azizan berkata, selain beliau, 31 ahli keluarganya lain turut dijangkiti wabak tersebut.

Apa yang turut menyedihkan ialah, ibu mentuanya mening.gal dunia akibat pan.demik COVID-19.

Berkongsi lebih lanjut, Azizan menggambarkan kejadian yang menimpa beliau itu sebagai sesuatu yang sangat berat dan memeritkan untuk ditanggung.

Dr Azizan Osman catat sejarah, anak Malaysia pertama dianugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders sempena MADcon Dubai 2019 - Semasa | mStar

“COVID-19 hampir meragut nya.wa saya! (Pada pukul) 1.44 petang, Jumaat 15 Januari – saya dah hampir ma.ut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis! Tetapi sesuatu berlaku yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

“Saya dan keluarga diuji dengan virus COVID-19. (Seramai) 31 ahli keluarga saya dijang.kiti COVID-19 dan ibu mentua saya telah kembali ke rahma.tullah.

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu. Tetapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang mentor, saya nak anda tahu proses ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mentua meninggal dunia

Azizan yang juga pengasas syarikat RichWorks International menambah, beliau hampir menitiskan air mata ketika berkongsi perkara ini, namun sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan membuatkannya lebih tabah.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal… you tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus bertahan dan melawan dengan otak, emosi dan diri.

“Kamu mahu hidup? Kamu mahu lawan? Itu la saatnya… Dan Insya-Allah, ini masanya untuk saya betulkan segalanya. Peluang kedua ini bukan sekadar suka-suka.

“Saya percaya ada sebab Allah bagi peluang ini untuk saya buat segalanya dengan lebih baik, dan menjadi mentor yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Azizan menyifatkan pandemik COVID-19, bukan hanya telah menjejaskan kehidupan ramai orang dalam meneruskan kelangsungan hidup, bahkan turut memberi kesan kepadanya.

“Seorang ibu yang mencuri ubat untuk anak-anak, ada yang mencari rezeki di tempat sampah.

“Kerajaan yang sedang berkira-kira untuk total lockdown yang akan beri impak pada pekerjaan ramai orang dan perniagaan.

Tekanan perasaan dan banyak lagi dalam berita semasa. Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya,” katanya.

Difahamkan, Azizan ketika ini telah sembuh daripada wabak tersebut.

Sumber : ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Pakar Motivasi Datuk Azizan Osman Dedahkan Satu Keluarga Terkena C0Vid Tapi Yang Paling Menyedihkan Apabila Salah Seorang Dari Mereka Meniinggal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*