Zarina Zainuddin Luahkan Sesuatu Yang Ditujukan Khas Kepada Para Suami

Pelakon dan usahawan yang cukup terkenal dengan pulut kuningnya, Zarina Zainuddin meluahkan rasa agar para lelaki, suami dan anak-anak supaya menghargai wanita yang tidak pernah penat melayan karenah mereka.

Luahan itu dikongsikan Zarina dalam satu muat naik di Instagram miliknya tentang wanita dan kerja rumah yang tidak pernah habis.

“Wanita, dapur dan kerja-kerja rumah tak pernah habis sampai putus nyawa baru habis tidak dapat dipisahkan. Kita dah masak, kita kemas, lepas masak kemas lagi, cuci baju, menyapu, mop lantai, bersih toilet, cuci pingan, cuci lagi.

“Tangan tak kering lagi sampai lagi pinggan baru, cuci lagi, kemas peti ais, memasak pagi untuk sarapan, tengahari untuk lunch, petang minum petang, malam makan malam. Anak pulak lauk tengahari malam taknak makan nak suh masak baru,” tulis Zarina.

Tambah Zarina, semua tugasan itu dilakukan sebagai seorang isteri dan ibu, serta tidak pernah putus-putus.

“Kita mak-mak buatkan juga. Lepas tu gosok baju, kemas bilik, petang-petang siram bunga segar sikit mata tu tengok hijau daun-daun.

“Apapun tugas wanita tidak akan pernah habis dan tak mungkin dapat di ambik alih oleh lelaki.

Jadi para lelaki, suami, anak-anak hargailah wanita yang tetap tersenyum dan tak akan pernah penat melayan kerenahmu,” tulis Zarina memohon agar wanita dihargai oleh lelaki di dalam hidup mereka.

Pelakon ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu mempunyai empat orang cahaya mata lelaki dan dua daripadanya mengidap autisme.

Zarina sering berkongsi video-video bersama mereka dan menjadi contoh kepada segelintir ibu bapa yang mempunyai anak autisme.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Zarina Zainuddin Luahkan Sesuatu Yang Ditujukan Khas Kepada Para Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*