Heliza Helmi Pada Mulanya Tidak Mahu Kongsi Apa Yang Terjadi. Rupanya Disini Heliza Selepas Lama Juga Menghilang

4 angka, ini adalah jumlah yang perlu kita dengar setiap hari apabila Kementerian Kesihatan membuat pengumuman pada waktu petang.

Kes positif yang makin bertambah tidak nampak ada penurunan walaupun PKP telah pun dilaksanakan.

Sebelum ini jarang kita dengan orang ternama seperti selebriti yang terkena covid tetapi untuk PKP 2.0 ini ramai orang yang nama dikenali ramai terkena covid.

Sekiranya Awak Tanak Teruskan Pertunangan Kita Cakap Awal-Awal ..

Selepas hampir dua bulan dijangkiti Covid-19, hari ini barulah penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi diberi kesempatan untuk mengesahkan mereka merupakan bekas pesakit pandemik maut itu.

Hal ini dikongsikan Heliza di akaun Instagramnya dengan memaklumkan sebenarnya mereka telah dijangkiti wabak tersebut pada November 2020 dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.

Susulan daripada itu, dia telah berkongsi perjalanan mereka dari dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan discaj kerana telah sembuh.

Menurutnya, wabak ini adalah satu penyakit yang tidak pernah mereka rasai sebelum ini. Sepanjang positif Covid-19 Heliza memaklumkan dirinya berasa seperti melayang dan mahu membangunkan diri juga tidak berdaya.

Walau bagaimanapun, dia dan adiknya tetap tidak mahu putus semangat dan paling membanggakan adiknya, Hazwani tetap mengikuti kelas secara online.

Semasa sedang dirawat, aktivis tersebut memaklumkan betapa hebatnya barisan frontliners yang bertungkus-lumus setiap masa kerana ambulans yang membawa pesakit baru sentiasa ada tak kita waktu.

Sehubungan dengan perkongsian semasa menjadi pesakit Covid-19 itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Heliza dengan mendoakan agar penyanyi dan adiknya diberikan kesembuhan.

Mereka juga berharap supaya Heliza dapat berkongsi pengalaman sepanjang dikuarantin sebagai salah satu bentuk kesedaran terhadapan wabak yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini.

 

Sumber: Heliza Helmi via OMM

Be the first to comment on "Heliza Helmi Pada Mulanya Tidak Mahu Kongsi Apa Yang Terjadi. Rupanya Disini Heliza Selepas Lama Juga Menghilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*