Subhanallah, Keluarga Ini Terpaksa Usung Jen4zah Adik Kerana Frontliner Disana M0gok

Di Bandung Indonesia, satu keluarga terpaksa mengusung jen4zah ahli keluarganya yang terk0rban akibat pand3mik Covid-19 setelah dipercayai sukarelawan tempatan mogok.

Difahamkan, kakitangan hospital dan sukarelawan di daerah itu tidak mencukupi membuatkan keluarga ini berbuat demikian.

Memetik laporan Detik.com, waris kepada keluarga itu yang dikenali sebagai Dede berusia 60 tahun menyifatkan mereka terpaksa mengusung jenazah ke tanah perkuburan dengan memakai set pakaian plastik berserta helmet di kepala dan menyarungkan sarung tangan.

Dede dibantu oleh seorang pemandu ambulans dan dua orang petugas kesihatan mengusung jenazah adiknya. Dia segera bertindak untuk mengebumikan jenazah meskipun tidak sukarelawan tidak mencukupi.

“Ketika mahu dibawa dengan ambulans, urusan itu mengambil masa yang lama. Selepas mengetahui di sini tidak ada yang mengusung jen4zah adik, saya bertanyakan hospital ada sukarelawan atau tidak? Mereka maklumkan tidak ada”

“Akhirnya, ahli keluarga sendiri perlu menguruskannya. Kebetulan, ahli keluarga ada di sini. Tapi kita keliru kerana tiada pakaian perlindungan diri (PPE) seperti di rumah sakit. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak buat”

Susulan itu, rakyat Indonesia meminta agar pemerintah negara agar menambahkan lagi pasukan sukarelawan bagi memudahkan urusan pengebumian di daerah itu.

Sehingga hari ini, Indonesia mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 cecah 1.02 juta manakala kes kem4tian telahpun dicatatkan 28,855 kes meliputi 34 daerah. Indonesia antara negara di Asia Tenggara yang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi.

Sumber: My Metro, Detik.Com via OH BULAN

Be the first to comment on "Subhanallah, Keluarga Ini Terpaksa Usung Jen4zah Adik Kerana Frontliner Disana M0gok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*