Suhaimi Saad Dituduh Buat Lagu Dengan Menggunakan Duit i-Sinar KWSP Ina Naim. Ini Respond Suhaimi

Umum mengetahui baru-baru ini bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad memalumkan dia bakal muncul dengan sebuah album bersama isterinya, Ina Naim bersama anak-anak mereka.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kritikan netizen malah ada yang mendakwa dia menggunakan wang daripada i-Sinar milik isterinya dalam pembikinnan lagu.

Tidak hanya berdiam diri, Suhimi dilihat ada berkongsikan paparan skrin komen daripada individu tersebut menerusi di Facebook miliknya.

Tidak hanya setakat itu, individu berkenaan juga turut membangkitkan isu penyanyi itu yang tidak membenarkan anak-anak untuk bersekolah.

Dalam pada itu, Suhaimi turut memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpan popularitinya serta bertanyakan adakah mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu, Suhaimi berkata album berkenaan sudah boleh ditempah awal kerana ianya terhad dan eksklusif.

Menurutnya, album tersebut mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad bakal muncul dengan sebuah album menampilkan anggota kumpulan nasyid baharu terdiri daripada isterinya, Ina Naim termasuk empat orang anaknya.

Kumpulan nasyid anak-beranak itu diberi nama sebagai Bismillah.

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak.

“Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan depan. Insya-Allah,” katanya menerusi Instagram.

Suhaimi, 41, juga memberitahu, album yang masih dalam proses tersebut mengandungi 10 buah lagu, termasuk sebuah zikir akan dijual pada harga RM30 termasuk caj penghantaran.

“Untuk tempahan awal, sila WhatsApp ke 010-2769675. Cepat! Album ini sangat eksklusif dan terhad,” ujarnya.

Dalam beberapa hantaran berasingan, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Kasih Kekasih bersama kumpulan In-Team itu turut berkongsi beberapa aksi ahli keluarganya semasa proses rakaman di studio sejak awal bulan ini.

Bahkan, Suhaimi turut memperkenalkan isterinya, Ina Naim yang sebelum ini pernah muncul dengan lagu berjudul Duhai Hati pada tahun 2007.

Kosmo! pada 4 November lalu melaporkan bahawa Suhaimi yang telah tampil dengan single berjudul Zapin Selawat pada penghujung tahun lalu disahkan menghidap sakit mata kronik sejak 2019.

Dia yang kini menetap di Kelantan memerlukan bantuan isterinya untuk urusan harian ekoran masalah mata yang rabun teruk.

Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13, Sallman El-Khoyri, 11, Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Difahamkan, keempat-empat anaknya bersekolah di rumah (home schooling) sementara dia dan isterinya berperanan sebagai guru.

Sumber : ROTIKAYA / KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Suhaimi Saad Dituduh Buat Lagu Dengan Menggunakan Duit i-Sinar KWSP Ina Naim. Ini Respond Suhaimi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*