Leka Lepak Sampaikan Ada Yang Tidak Puas Hati, 4 Lelaki Terima Padah Kerana Ingkar SOP

BENTONG – Akibat masih berdegil ‘melepak’ tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal, empat lelaki dikenakan kompaun akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah kedai di bandar Bentong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi kira-kira pukul 4.45 petang itu keempat-empat individu berumur 38 hingga 59 tahun itu masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar PKP 2.0.

“Berdasarkan maklumat awam, sekumpulan lelaki mengelilingi sebuah meja tanpa memakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikalKeempat-empat lelaki berkenaan kemudian dikompaun kerana melanggar PKP 2.0 yang mana kesalahan dilakukan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tempoh PKP 2.0 dari 22 Januari lalu sehingga kini sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan pihak polis kerana pelbagai kesalahan melanggar SOP ditetapkan.

SUMBER: K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Leka Lepak Sampaikan Ada Yang Tidak Puas Hati, 4 Lelaki Terima Padah Kerana Ingkar SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*