Baru baru ini kecoh di media sosial dimana selebriti pelawak Shuk Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk Hot FM telah kantoi curang buat kali kedua oleh isteri sendiri.
Apa yang terjadi telah mendapat liputan meluas dari media terutama di media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Seorang selebriti media sosial tampil memberi pendapat mengenai isu kecurangan Shuk HotFM.
Tular di laman Twitter perkongsian seorang netizen yang memuat naik satu video ulasan seorang selebriti media sosial iaitu Andika Puteraa.
Namun ramai yang kurang senang dengan kenyataan dikeluarkan oleh Instafamous itu yang mengaitkan isu kecu.rangan dengan takdir yang diizinkan oleh Allah.
Katanya, setiap orang yang curang itu adalah atas izin Allah dan artis tersebut datang ke rumah ‘kekasih gelapnya’ juga kerana digerakkan oleh Allah.
Video:
Seperti sudah dijangka, kenyataan Andika itu mengundang keca.man netizen serta menggelar Andika penunggang agama kerana seolah mempergunakan agama untuk menghalalkan kesa.lahan.
Bagaimanapun, video yang dikongsikan oleh Andika itu telah pun dipadam dan Andika dilihat ada memuat naik satu video bagi menjelaskan apa yang diutarakan dalam video sebelum ini.
Aku komen, lepas tu dia kata dia buat video ni utk jelaskan pasal video first
Tp lagi merepek adalah
“Org yg berdosa merogol itu adlah ujian dpd Allah supaya dia bertaubat”
“Kalau x pernah buat salah macam mana nak bertaubat menangis kat Allah”
Better pi belajar balik agama pic.twitter.com/4qJ1fRu4EN
— Jazlie Dawani (@JazlieDawani) January 28, 2021
Katanya, dia tidak menyokong perbuatan tersebut dan mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan berdo.sa.
Namun, apa yang mahu disampaikan adalah untuk menasihatkan orang ramai sepatutnya mendoakan mereka yang terlibat dan tidak mengecam mereka.
“Kita bukan sesiapa nak menilai manusia, sebernanya kita perlu mendoakan, jangan kec.am dia, doakan kebaikkan.
“Daripada asbab Allah tunjukkan kantoi tulah, dia berubah menjadi sangat setia, sangat penyayang, berhenti buat maksiat dan lebih rapat kepada Allah,” jelasnya lagi.
Be the first to comment on "Selebriti Instagram Ini Beritahu Shuk HotFM ‘Curang’ Dengan Isteri Kerana Ada Izin Allah"