Raja Ilya Buat Perbandingan Majlis Kahwin di Malaysia dengan Australia ketika ‘lockdown’, Ini Penjelasan Darinya Setelah Dikatakan Sudah Lupa Daratan

PERKONGSIAN pelakon Raja Ilya mengenai perbandingan majlis perkahwinan di Malaysia dan Australia semasa pandemik Covid-19 mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Menjawab mesej peribadi (DM) yang dihantar seorang pengikut, Raja Ilya menjelaskan tindakannya itu hanya untuk berjenaka dan foto yang digunakan hanyalah hiasan semata-mata.

“Terima kasih mesej dan tanya, meh akak terangkan ya dik! Instagram akak bukan saluran berita, itu foto throwback (gambar lama) dan ada nota yang mengatakan gambar hiasan semata-mata.

“Itu sama je macam buku teks sekolah, gambar yang dipilih sebagai hiasan dan bukan benar. Maksud gambar yang satu tu paranoid (bimbang dan takut) sampai seorang (tetamu) pun tak ada.

“Satu gambar lagi rileks sahaja… sebab masa PKP kan tak boleh buat majlis jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu. Ha macam tu la ceritanya,” jawabnya pada mesej yang dihantar pengikut berkenaan.

Sebelum itu, Raja Ilya memuat naik dua foto memperlihatkan perbezaan majlis perkahwinan antara dua negara.

Majlis perkahwinan di Australia tidak dihadiri oleh tetamu, manakala majlis di Malaysia pula kelihatan orang ramai bersesak-sesak meraikan pasangan pengantin.

“1 case Perth full lockdown wedding versus 5,000 case Malaysia lockdown… (Note: Gambar hiasan semata-mata).

“Bila tak faham lawak dan serbu tak bagi salam,” tulisnya di Instastory.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian Raja Ilya dan berpendapat ia hanya memalukan negara.

“Maaf sis, tak ada majlis kahwin macam tu masa PKP, mungkin boleh buat research dulu sebelum nak post. Ibu bapa saya pun kahwin campur tapi mereka tak lupa daratan.

“Agak-agaklah ni gambar bila? Fitnah negara sendiri. Nak buat perbandingan pun kena sama-sama adil ya sis, kongsi foto tahun yang sama dan musim yang sama!” tulis pengikut.

Kredit:MstarOnline

Be the first to comment on "Raja Ilya Buat Perbandingan Majlis Kahwin di Malaysia dengan Australia ketika ‘lockdown’, Ini Penjelasan Darinya Setelah Dikatakan Sudah Lupa Daratan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*