Syed Saddiq Bagi Cadangan Anugerahkan Pangkat ‘Datuk Seri’ Kepada Ebit Lew. Apa Yang Netizen Respond Kepada Syed Saddiq Memang Tak Disangka

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pengasas parti Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan pendakwah terkenal Ebit Lew diberi pangkat ‘Datuk Seri’ kerana jasanya membantu masyarakat.

“Lebih baik anugerahkan pangkat ‘Datuk Seri’ ke Ustaz Ebit Lew dari menteri dan ahli politik, setuju?” catatnya di Twitter.

Wakil rakyat Muar itu berkata sedemikian selepas beberapa pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Manakala Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menerima pangkat ‘Datuk Seri’.

Namum beberapa pembangkang mengkritik pengurniaan pingat kepada pemimpin PN yang dianggap tidak sesuai ketika negara masih bergelut dalam pandemik Covid-19.

Malaysiakini - Syed Saddiq defends Dr M, tells Syed Husin to stop the excessive politicking

Selepas Syed Saddiq beri cadangan tentang pemberian anugerah Datuk Seri kepada Ebit Lew ramai yang telah memberi respond.

Rata rata ramai memberitahu Ebit Lew tidak kejar pangkat atau darjat di dunia tetapi segala usaha yang Ebit Lew adalah untuk akhirat.

“Ust EL pelabur bijak. Dilabur kekayaan dunia untuk fakir. Dividennya dinikmati di akhirat kelak. Setakat anugerah pangkat ni apelah sangat nilainya disisi Allah swt” 

“Apa la sangat pada pangkat di dunia yang hanya sementara ini…apa pun saya support Ustaz Ebit dan terus berdoa agar Ustaz Ebit sihat dan dapat terus berdakwah dengan caranya. Alhamdulillah”

Semoga segala pertolongan dan usaha Ebit Lew dapat ganjaran yang besar di kemudian hari. Insyallah..

Artikel : AwattSyeikhhh Network

Be the first to comment on "Syed Saddiq Bagi Cadangan Anugerahkan Pangkat ‘Datuk Seri’ Kepada Ebit Lew. Apa Yang Netizen Respond Kepada Syed Saddiq Memang Tak Disangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*