Ebit Lew Muncul Dalam Meletop Dan Hos Nabil Ahmad Dapat ‘Sesuatu’ Yang Jarang Dia Dapat Ketika Mengacara Melet0p

Ebit Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew adalah satu nama yang agak popular di dalam Malaysia.

Beliau popular bukan kerana pandai menyanyi atau buat lawak tetapi beliau popular kerana sifat ingin menolong orang susah.

Baru baru ini tular di media sosial dimana Ebit Lew telah berjaya buat kaum Bajau Laut di Semporna untuk memeluk agama islam. Ini adalah satu kejayaan di dalam islam tetapi setiap dakwah ada rintangannya.

Ebit Lew telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau tidak lagi dibenarkan berada di situ walaupun telah pun menyusun pelbagai cara untuk membantu kaum tersebut.

Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ebit mendakwa, beliau telah dimaklumkan tidak dibenarkan untuk jelajah ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan.

Beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.

Tanpa berkongsi daripada siapa arahan berkenaan diperoleh, Ebit memaklumkan perkara itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.

Sehubungan itu, Ebit berkata, beliau kini sedang menanti penerbangan untuk Tawau bagi meneruskan misi bantuannya.

“Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah.

Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” tulis beliau lagi.

Pada siaran langsung rancangan popular Meletop yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, mereka telah menjemput Ebit Lew untuk ditemuramah secara online.

Ebit Lew menceritakan tentang pengalaman beliau waktu kecil dan apa yang terjadi setakat ini.

Pengacara Meletop Nabil Ahmad telah memberitahu Ebit Lew bahawa sebelum rancangan bermula, sejak dari rumah dia sudah tidak sabar kerana tahu akan menemuramah Ebit Lew.

Nabil juga beritahu dengan kehadiran Ebit Lew di Meletop telah berlaku sesuatu yang tidak pernah terjadi untuk rancangan Meletop musim PKP ini dimana pihak produksi telah memberikan Nabil sebuah kerusi untuk duduk.

Sebelum ini jika Nabil menemubual dengan selebriti lain dia akan berdiri sahaja tetapi dengan Ebit Lew dia rasakan ini adalah rezeki apabila dia dapat duduk

Ketika Ebit Lew menceritakan pengalaman beliau dan kisah pengalaman dia kelihatan mata Nabil seakan akan mahu menangis. Subhanallah.

Nak tengok video sila pergi ke instagram Meletop : https://www.instagram.com/p/CKyrCsLDIGJ/

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Be the first to comment on "Ebit Lew Muncul Dalam Meletop Dan Hos Nabil Ahmad Dapat ‘Sesuatu’ Yang Jarang Dia Dapat Ketika Mengacara Melet0p"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*