Hamid Gurkha Sedih Tidak Dapat Melawat Rakan Baiknya Jamali Shadat Yang Telah Pun Meninggal Dunia

Kuala Lumpur: “Dalam keadaan sekarang, nak ziarah j3nazah tak boleh. Lagipun Pak Hamid tak kuat lagi. Semasa 4rwah s4kit pun, dia tak dapat pergi melawat,” kata Timah Abdul Hamid, 78, isteri kepada pelawak dan pelakon veteran, Hamid Gurkha, 88, mengenai pasangan serasi Hamid di pentas komedi, Datuk Jamali Shadat yang meningg4l dunia hari ini.

Timah ketika dihubungi berkata, mereka dimaklumkan berita sedih itu oleh salah seorang anak Jamali yang menghubungi mereka, pagi hari ini.

“Sebagai rakan baik, sudah tentulah Pak Hamid sedih. Dia pun tak sihat dan kini mengalami masalah pendengaran. Nak ziarah pun sukar, jadi Pak Hamid hanya boleh ucapkan takziah dan sedekahkan al- Fatihah apabila rakan baiknya itu meningg4l dunia,” katanyanya.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman yang kini menetap di Taman Sri Andalas, Klang adalah pasangan serasi Jamali ketika beraksi di atas pentas komedi bermula pada era 1970-an dan 1980-an. Mereka juga pernah menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.Jamali amat terkesan dengan k3mat44n isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya menin gg4l pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

Kredit:HMETRO

Be the first to comment on "Hamid Gurkha Sedih Tidak Dapat Melawat Rakan Baiknya Jamali Shadat Yang Telah Pun Meninggal Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*