(Video) Rupanya Meteor Yang Gegarkan Sabah, Sarawak Dan Brunei. Ada Yang Bernasib Baik Dapat Rakam Video Meteor

Gempar tentang bunyi seakan-akan gegaran didengari di beberapa kawasan dipercayai di sekitar Sabah.

Bagaimanapun menurut laporan media negara jiran, Brunei Darussalam, bunyi tersebut didakwa adalah merupakan lintasan meteor yang melintasi ruang udara negara berkenaan.

Memetik kenyataan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), pada awalnya memaklumkan menerima banyak laporan awam tentang bunyi kuat di langit.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi (semalam).

“Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” maklum kenyataan tersebut.

“Meteor telah dikesan memasuki ruang udara Brunei pada pukul 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap,” katanya.

Video Ketika Kejadian Yang Buat Penduduk Ketakutan

Difahamkan, ramai berpeluang melihat fenomena spectacular bunyi guruh dari meteor yang hancur.

Gelombang letupan berkenaan didakwa didengari dan dapat dirasakan sehingga seluruh negara.

PABD memuat naik rakaman visual fenomena itu ke Youtube malam tadi.

Sebelum ini, media tempatan di Malaysia dan Brunei melaporkan berlaku kejadian letupan di misteri di ruang angkasa di Brunei dan Labuan.

Letupan yang disusuli dengan gegaran selama 10 saat itu turut dirasai di Sipitang dan Beaufort.

Menurut Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei dalam satu kenyataan, gegaran telah dikesan oleh salah satu stesen seismik milik mereka.

Video :

 

Be the first to comment on "(Video) Rupanya Meteor Yang Gegarkan Sabah, Sarawak Dan Brunei. Ada Yang Bernasib Baik Dapat Rakam Video Meteor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*