Berjalan Tanpa Pakai Mask Bersama Anak Dan Suami. Dayah Akhirnya Jawap Persoalan Semua Orang Kenapa Dia Tidak Pakai Topeng Muka

Selepas setahun lamanya terpaksa berjauhan dengan suami, akhirnya Dayah Bakar dan anaknya kembali bersatu di bumi Austalia. Difahamkan Dayah Bakar mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengacara untuk tinggal bersama suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang sedang menjalankan tanggungjawab di perantauan.

Sejak berpindah ke sana, Dayah Bakar dilihat sering berkongsi aktivitinya bersama keluarga sehingga ada yang cemburu lihat mereka bebas berjalan di sana. Siap tak pakai pelitup muka lagi!

“Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day.

Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”. Looks like a painting but it’s real.

Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya.

Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask, but they still practise SOP seperti social distancing, sanitize tangan selalu” 

Menurut Dayah Bakar, dia diaju pelbagai soalan mengenai kes Covid-19 di Australia dan ramai pertikaikan kenapa mereka tidak pakai pelitup muka.

Di Australia kes sekarang adalah 0, namun mereka tetap perlu jaga penjarakkan fizikal. Kerajaan mereka turut memberi peringatan setiap masa agar rakyatnya tidak lalai mengenai virus Covid-19.

Rata-rata di ruangan komen meluahkan rasa rindu saat tidak diwajibkan memakai pelitup muka.

Tak kurang juga yang tumpang gembira melihat kehidupan Dayah Bakar bersama keluarga.

Yelah rasa macam sudah lama tak keluar bebas tanpa ‘mask’ kan? Semoga Malaysia juga akan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: Dayah Bakar via Oh Bulan

Be the first to comment on "Berjalan Tanpa Pakai Mask Bersama Anak Dan Suami. Dayah Akhirnya Jawap Persoalan Semua Orang Kenapa Dia Tidak Pakai Topeng Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*