Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan wanita berbapakan Muslim dan beribukan bukan Muslim diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan Rosliza Ibrahim tidak pernah menganut Islam.

Dalam membenarkan rayuan Rosliza, Tengku Maimun berkata, tiada bukti wanita itu yang dibesarkan ibunya yang beragama Buddha sejak kecil pernah menganut Islam.

Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau dilahirkan sebelum bapanya yang beragama Islam dan mendiang ibunya, yang beragama Buddha, berkahwin.

Dia mendakwa bahawa beliau bukan seorang penganut agama Islam danMahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu dan rayuannya juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu berhubung dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*