Nedim Nazri Aziz Beritahu Sebab Apa Dia Sudah Banyak Kali Tolak Gelaran Datuk

Nedim Nazri Aziz, suami kepada pelakon cantik Nora Danish mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan gelaran Datuk beberapa kali namun menolaknya kerana merasa tidak layak untuk menyandang gelaran tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Nedim menerusi akaun Twitternya untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Malah, dia turut memberi sedikit pandangan mengenai isu pemberian gelaran Datuk menerusi satu ciapan di Twitternya, @NedimNazriAziz.

Menurut anak kepada Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz ini lagi, seseorang itu perlu mengukur tahap jasa dan sumbangan diri kepada negara sebelum menerima apa-apa pangkat.

Turut mengambil contoh Khairy Jamaluddin yang tidak menerima apa-apa gelaran tapi giat menjalankan tugas untuk negara, Nedim berkata individu perlulah mengambil pepatah ukur baju di badan sendiri dalam kehidupan.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut meluahkan rasa setuju dengan pernyataan Nedim tentang isu gelaran Datuk tersebut.

Terdahulu, seramai 335 individu telah dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Antaranya adalah lima menteri, sembilan timbalan menteri, penyanyi, penulis lirik dan juga pelakon.

Sumber : beautiful nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Nedim Nazri Aziz Beritahu Sebab Apa Dia Sudah Banyak Kali Tolak Gelaran Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*