Pekerja JNT Mogok Campak Barang Customer, Ini Tindakan Yang Mungkin Akan Dikenakan Kepada Mereka

PETALING JAYA- Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.

Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah.

Mogok Komisen Diturunkan

Bermula dengan isu lambakan barang sehinggalah kepada pemotongan komisen pekerja, kali ini tular pula satu video beberapa pekerja J&T melancarkan mogok dengan mencampak barangan pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat mereka.

Malah di media sosial juga sudah beberapa isu barang rosak diutarakan apabila menggunakan khidmat syarikat ini. Disebabkan itu jugalah ramai yang percaya bahawa pihak yang ditugaskan menghantar barang-barang pelanggan ini tidak mengendalikannya dengan berhati-hati.

Menyalahi undang-undang Akta Perkhidmatan Pos 2012

Tahukah anda tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnakan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara?Setakat ini masih lagi tiada kenyataan daripada pihak J&T berkenaan isu mogok ini.

Kredit:KOSMOONLINE/ODISI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pekerja JNT Mogok Campak Barang Customer, Ini Tindakan Yang Mungkin Akan Dikenakan Kepada Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*