Aiman Tino Akhirnya Jawab Kenapa Dia Tidak Jawab Panggilan Ibu Sendiri

Status dimuat naik ibu Aiman Tino yang mendakwa anaknya sudah berubah hingga melupakan keluarga, meletakkan penyanyi dan pelakon itu sekali lagi dalam kontroversi.

Perkongsian Hazelina Mat Jalil melalui Instagram (IG) Story yang mendakwa terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi, pantas viral hingga menjadi topik hangat netizen, malam tadi.

Lebih mengejutkan, Hazelina mendakwa anaknya itu mengabaikan karier dan dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah, sejak akhir-akhir ini.

Menghubungi Aiman atau nama sebenar, Mohammad Aiman Yusri, penyanyi ini menjelaskan apa yang berlaku berpunca daripada salah faham.

Aiman mengaku kontroversi termasuk dakwaan sudah melupakan keluarga timbul atas kesilapan sendiri. Foto Ihsan Aiman Tino

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.

Memberitahu BH Online, Aiman sedar sikap sambil lewanya itu menyusahkan ramai pihak termasuk keluarga.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.

Menjawab dakwaan konon dikongkong gadis dikenali sebagai ‘Farah’, Aiman mengaku mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

Sementara itu, Aiman menjelaskan, dia tidak dapat menghadiri sidang media maya pengumuman konsert virtual, ITSU 360 Care U, pada jam 2 petang ini, atas beberapa sebab.

Konsert ITSU 360 Care U bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, di sini, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert itu membariskan artis terkenal seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

Namun, pada hari ini, posting terakhir yang dimuatnaik oleh Aiman di Instagram pada 30 Januari lalu telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Mereka tertanya-tanya keberadaan Aiman selain menasihati penyanyi ini supaya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga. Malah, mereka turut mengingatkan Aiman supaya jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Aiman Tino Akhirnya Jawab Kenapa Dia Tidak Jawab Panggilan Ibu Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*