Ketika Menguruskan Jen4zah Tiba Tiba Isteri Arwahh Ini Mencium Kaki Suaminya

Hati isteri mana yang tidak sedih apabila terpaksa menerima hakikat bahawa insan yang sentiasa ada untuk berkongsi suka dan duka telah pergi dijemput Ilahi.

Seperti perkongsian Facebook Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia ada menceritakan kasih seorang isteri terhadap arwahh suaminya ketika pihak mereka menguruskan jen4zah berkenaan.

Berdasarkan perkongsian Skuad Pengurusan Jen4zah (SPJ),  mereka memaklumkan wanita terbabit kelihatan sangat sedih sehingga tidak dapat menahan air mata.

Dia kemudian mencium sambil berbisik ke telinga arwahh berkali-kali seperti sedang meminta maaf terhadap suaminya buat kali terakhir.

Menurut sumber, pasangan suami isteri ini dikatakan berasal dari Kampung Gelam Semporna, Sabah.

“Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwahh suaminya. Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik kepada arwahh.

Selepas mencium wajah arwahh suaminya si isteri beralih kearah bahagian kaki. Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwahh suaminya. Rupanya si isteri mencium kaki arwahh suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis”

Bercerita lanjut mengenai kisah itu, pihak SPJ mengakui sepanjang menguruskan jenaz4h, ini pertama kali mereka melihat situasi seperti ini.

Melihat keadaan itu, mereka percaya kasih sayang wanita berkenaan terhadap arwahh suaminya sangat mendalam dan setia hingga ke hujung ny4wa.

“Ketika itu saya yakin si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari arwahh suaminya. Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwahh.

Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku. Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian. Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya”

Difahamkan, salah seorang pekerja for3nsik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah memaklumkan kepada SPJ mengenai kem4tian tersebut selain menjelaskan keadaan seorang wanita yang dikatakan tidak mempunyai wang untuk menguruskan jen4zah suaminya. Susulan daripada itu, SPJ telah menghulurkan bantuan dalam pengurusan jen4zah tersebut.

Jen4zah telah kami kebumikan ditanah perkvburan islam Seksyen 21 Shah Alam. Segala pengurusan untuk Allah-yarham Zulbasir Bin Sulaiman kami gunakan dari tabung pengurusan jen4zah yang diinfaq oleh orang ramai.

Sementara itu, SPJ meluahkan rasa berterima kasih kepada semua individu yang memberi sumbangan sehingga mereka mampu beroperasi sehingga kini selain dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah -SPJ Malaysia via Oh Bulan

Be the first to comment on "Ketika Menguruskan Jen4zah Tiba Tiba Isteri Arwahh Ini Mencium Kaki Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*