Kegigihan Pekerja JNT Ini Dipuji Ramai Walaupun Dengan Keadaan Yang Bahaya

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai sebuah syarikat perkhidmatan penghantaraan barangan apabila beberapa kakitangan bertindak mencampak barang pelanggan sehingga tular video di media sosial.

Tidak lama selepas itu, pihak terlibat telah tampil memohan maaf selain kenyataan yang menafikan kejadian itu tiada kaitan dengan mogok atau bayaran komisen.

Walau bagaimanapun, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini kerana hanya lokasi tertentu sahaja yang mengalami masalah longgokan ‘parcel’.

Terbaru, tular video di aplikasi TikTok memaparkan kegigihan seorang pekerja J&T Express demi memastikan barang sampai ke tangan penerima.

@ellamustaffa Sempat record 5 sec je. Pukul 5 ptg. Semoga staff2 jnt & courier lain tabah. Terima kasih beri perkhidmatan terbaik & amanah dengan barang customer.

Menerusi video berdurasi lima saat itu, dapat dilihat semangat seorang pekerja membawa banyak bungkusan yang penuh kiri kanan dengan hanya menunggang motosikal sehingga boleh menganggu penglihatannya.

Perkongsian wanita tersebut yang dikhabarkan berlaku di Semenyih itu dibanjiri komen-komen netizen yang turut bersimpati melihat pengorbanan pekerja berkenaan.

Sumber:Tiktok EllaMustaffa

Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kegigihan Pekerja JNT Ini Dipuji Ramai Walaupun Dengan Keadaan Yang Bahaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*