Keluarga Aiman Tino Dikecam Netizen. Kakak Aiman Tino Tampil Keluar Kenyataan Ini Kepada Semua Netizen Kaki Kecam

Penyanyi, Aiman Tino dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Kuala Kubu Baru, Selangor bagi menyelasaikan kontroversi yang telah berlaku semalam.

Terbaru, kakak kepada pelantun suara ‘Ku Rela Dibenci’ ini iaitu, Fara Hezel memohon netizen supaya berhenti memberi kecaman terhadap keluarganya.

Menerusi Instagram Story, Fara Hezel berharap netizen berada dalam keadaan yang tenang dan menghentikan segala kecaman terhadap Aiman dan seluruh ahli keluarganya. Tambah Fara, setiap individu mempunyai keluarga di dalam dunia ini.

Oleh itu, dia berharap netizen tidak terlalu menilai mengenai keluarganya lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku. Lebih baik, masing-masing menjaga hal sendiri ujarnya lagi.

Sementara itu, Aiman turut memuat naik satu posting beserta kapsyen ‘ Gang, aku tak dah tak kuat’. Posting tersebut ternyata mencuri perhatian ramai dan mereka mendakwa penyanyi tersebut tidak kuat untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku.

Terdahulu, Aiman memaklumkan bahawa salah faham yang berlaku itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Dia turut mengakui sikap sambil lewanya itu telah memberi kesan terhadap diri, keluarga dan kerjayanya sebagai anak seni. Malah, dia turut mengeaskan bahawa perkara yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa ibunya sebelum ini.

Sumber: Fara Hezel & Aiman Tino via OH BULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Keluarga Aiman Tino Dikecam Netizen. Kakak Aiman Tino Tampil Keluar Kenyataan Ini Kepada Semua Netizen Kaki Kecam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*