Setelah Gelaran Datuk Ditarik Balik, Laman Sosial Farid Kamil Dihujani Oleh Kata-kata ‘Semangat’ Oleh WargaNet

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk dikurniakan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari serta penerbit, ‘Boy Iman’ atau Noruliman A Rahman ditarik balik dan dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, tarikh surat penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dikurniakan kepada Farid Kamil dan Boy Iman itu berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

Katanya, penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Farid Kamil, 40, dikurniakan gelaran Datuk sempena Keputeraan Sultan Ahmad Shah pada tahun 2017.

Jun tahun lalu, aktor itu dihukum penjara 13 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis dengan niat menghalangnya melakukan tugas, pada tahun 2018.

Kata-kata Perli Kepada Farid Kamil

Sementara itu, Boy Iman didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret pada 6 Januari lalu kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 tiga tahun lalu.

Tiga individu yang turut ditarik balik gelaran Datuk ialah Wong Shee Kai @ Ricky dan Tran Thi Mai @ Maimunah, masing-masing berkuatkuasa pada 1 Februari lalu manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman pada 12 November tahun lalu.

Be the first to comment on "Setelah Gelaran Datuk Ditarik Balik, Laman Sosial Farid Kamil Dihujani Oleh Kata-kata ‘Semangat’ Oleh WargaNet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*