KPD Putrajaya Jawab Tuduhan Dia Ada Kaitan Dengan Majlis Doa Selamat Yang Langgar SOP Pada Hari Raya Cina

Putrajaya: Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali menafikan kehadiran beliau di sebuah rumah yang mengadakan majlis tertutup di sini, ada kaitan dengan dirinya.

Sebaliknya, kehadiran beliau di rumah itu selepas mendapat laporan daripada orang ramai mengenai majlis berkenaan.

Berikutan itu, Mohd Fadzil berkata, beliau hadir ke rumah itu disusuli sepasukan polis untuk menjalankan pemantauan dan kemudiannya mengeluarkan saman kepada pemilik rumah berkenaan.

“Saya datang selepas mendapat laporan mengenai majlis itu, pasukan pemantauan datang sedikit lambat kerana mereka bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR), dan di SJR sedikit sibuk dan banyak kita keluarkan saman hari ini.

“Saya mengesahkan memang ada majlis seperti yang ditularkan, tetapi ia tiada kena mengena dengan saya seperti didakwa.

IPD Putrajaya sudah mengeluarkan saman kepada pemilik rumah yang menganjurkan kenduri doa selamat. FOTO Ihsan PDRM

Saman dikeluarkan kepada tuan rumah oleh IPD Putrajaya

“Difahamkan di rumah itu ada mengadakan majlis doa selamat dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Jadi saya sudah arahkan pasukan pemantauan untuk mengeluarkan saman terhadap tuan rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di Twitter mengenai gambar sebuah rumah yang mengadakan majlis di sini dan mendakwa pemilik rumah itu mempunyai kaitan dengan Mohd Fadzil.

RESPOND NETIZEN

“Apa ni doa selamat tak boleh raikan hari keluarga raya cina boleh 15 org pula tu ermmm tak adil sebab tu org luar pandang islam main2 aku ni jahil bab agama but benda ni entahhhlahhh”

“Pelik erk,kes artis haritu polis tak ambik tindakn pon,artis tu pon pndai org kecam mcm mana die pekak kn je telinga,xde respon”

Sumber : HMETRO ONLINE / INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS

Be the first to comment on "KPD Putrajaya Jawab Tuduhan Dia Ada Kaitan Dengan Majlis Doa Selamat Yang Langgar SOP Pada Hari Raya Cina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*