Adibah Nor ‘Sekolah’ kan Menteri Rina Harun. Apa Yang Diajar Oleh Adibah Nor Memang Patut Diikut

Sejak kebelakangan ini, nama Datuk Seri Rina Mohd Harun sering menjadi bualan dan mendapat perhatian netizen. Lebih-lebih lagi sekarang beliau dilihat tampil lebih berkeyakinan dan cantik berbanding dahulu.

Terbaru, video ucapannya untuk sidang maya keenam, Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York tarik perhatian ramai termasuk Adibah Noor.

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana menganjurkan majlis ini. Walaupun kini berdepan dengan pandemik namun Malaysia mengemukakan beberapa pakej rangsangan ekonomi. Jumlah pakej adalah sebanyak 3.7 billion US dollar untuk memerangi Covid-19.

Datuk Rina Harun selaku wakil dari Malaysia memberitahu bahawa Malaysia sangat menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat. Tambah beliau lagi, Malaysia berusaha keras bagi memastikan rakyat selesa dalam norma baru ini.

Namun yang menarik perhatian adalah ucapan beliau yang dianggap ‘kekok’ oleh segelintir netizen sehinggakan ramai yang ‘tag’ Adibah Noor yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris untuk memberi teguran.

Apa saya boleh katakan ucapan tersebut sangat bagus. Saya harap saya boleh baca skrip tersebut. Apa-apa pun saya nak ajar untuk bunyi perkataan ‘doubt‘ dan ‘debt‘ dengan cara betul.

Menurut Adibah Noor, perkataan ‘doubt‘ sepatutnya dibunyikan dengan cara menghilangkan bunyi huruf ‘B’. Rata-rata di ruangan komen memuji teguran penyanyi tersebut yang sudi berkongsi cara sebutan yang betul.

Tak kurang juga yang berharap agar Adibah Noor dapat membuka kelas Bahasa Inggeris di media sosial agar lebih ramai faham dan fasih dalam menggunakan bahasa tersebut.

Video penuh

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "Adibah Nor ‘Sekolah’ kan Menteri Rina Harun. Apa Yang Diajar Oleh Adibah Nor Memang Patut Diikut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*