Ditarik Keluar Dari Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Dan Dipindahkan Ke Sini

Seorang anggota polis yang disyaki terbabit dengan dakwaan gangguan sek.su4l terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta di sini, dikeluarkan daripada penugasan SJR.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.

DIPINDAHKAN KE BAHAGIAN PENTADBIRAN

“Tindakan awal yang diambil adalah mengeluarkan anggota polis terlibat kes ini daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, sus.pek ketika ini sedang melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes ini berjalan.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa dia mengalami gangguan sek.sual ketika melalui sekatan di Jalan Duta.

Image result for menteri rina

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan segera berhubung dakwaan gangguan sek.sual membabitkan anggota polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR), baru-baru.

Rina yang memandang serius dakwaan gangguan sek.sual yang disiarkan media sejak kebelakangan ini, menyifatkan perbuatan itu tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi jika membabitkan anggota penguat kuasa.

Beliau berkata, siasatan segera perlu dilakukan agar m4ngsa diberikan pembelaan dan pelaku diambil tindakan undang-undang, jika dibuktikan bersalah.

“Dalam mengendalikan isu ini, saya amat berharap agar semua pihak saling menghormati dan tidak mempersoalkan kredibiliti keseluruhan institusi PDRM yang telah banyak berkorban dalam memastikan keselamatan negara.

Usahlah kita menghu.kum ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Ditarik Keluar Dari Bertugas Di Sekatan Jalan Raya Dan Dipindahkan Ke Sini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*