Isteri Shuk HotFM, Rossa Dilabel Sebagai Bella Astillah 2.0, Rupanya Ini Ayat Rossa Yang Buat Dia Kena Label Jadi Bella

Sebelum ini, kisah keretakan rumah tangga pelawak dan penyampai radio terkenal Shuk Sahar dan isterinya mendapat perhatian ramai. Kisahnya bermula, apabila Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya sendiri.

Susulan daripada itu, Shuk sempat membuat kejutan buat isterinya dengan cara menghantar pihak rombongan untuk meminang isterinya Rossa bagi menambat kembali hatinya.

Terbaru, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Rossa di laman TikTok, mendapat kecaman yang hebat daripda netizen apabila dia seolah-olah cuba mempertahankan suaminya walaupun dia telah dicurangi tanpa pengetahuannya selama ini.

Menerusi video tersebut, Rossa kelihatan ‘lali’ bila diajukan soalan mengapa dia masih mempertahankan suaminya Shuk walaupun sudah beberapa kali suaminya bertindak curang kepadanya.

Dalam video tersebut reaksi Rossa dilihat begitu pasrah dan terdiam apabila diajukan soalan tersebut.

Jelasnya lagi, dia bertahan dalam rumah tangga tersebut atas faktor kos antaranya.

Beranak bukan free, duit laki aku bukan laki kau, rezeki anak-anak Allah yang bagi. Suami saya hak saya sis.

Jika dilihat menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecamnya dan melabelkan Rossa sebagai Bella Astilah 2.0.

Terdahulu, tular kisah di mana Shuk telah ‘kantoi’ curang bersama perempuan lain dan pergaduhan tersebut dimuat naik oleh isterinya di laman sosial.

Jelas netizen lagi, selama ini kisah rumah tangga mereka diketahui ramai selepas dia (Rossa) sendiri yang memuat naik kisah tersebut dan dikongsi oleh ramai netizen.

Sumber : OH BULAN

Be the first to comment on "Isteri Shuk HotFM, Rossa Dilabel Sebagai Bella Astillah 2.0, Rupanya Ini Ayat Rossa Yang Buat Dia Kena Label Jadi Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*