Telatah Anak Kecil Ini Setelah Kena Bebel Dengan Bapanya Mencuit Hati Orang Ramai

Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak.

Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.

Seperti yang tular baru-baru ini, rakaman video seorang bapa memarahi anak kecilnya. Namun bukan marah yang betul-betul, sekadar memberi teguran kepada anaknya yang nak makan daging tetapi anaknya masih kecil, sudah tentu sisah nak makan daging yang liat dan keras itu.

Apa yang menarik dan mencuit hati orang ramai yang menonton video ini adalah telatah anak kecil ini. Merajuk bukan main sampai muncung-muncung mulutnya. Orang ramai memuji si bapa kerana cara mengajar anaknya yang tegas tetapi pada masa sama beri nasihat dengan lembut.

VIDEO:

Hargailah ibubapa, dan berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada. Hargailah pengorbanan ayah walaupun mereka dia tidak selalu dengan kita, tetapi dia juga banyak bekorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Demi anak ayah sanggup berhujan berpanas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi.

Olahan:ASN Krew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Telatah Anak Kecil Ini Setelah Kena Bebel Dengan Bapanya Mencuit Hati Orang Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*