Ketika Polis Sedang Buat ‘Roadblock’, Datang Seorang Pakcik Ini Naik Motor Dan Sesuatu Terjadi

Sekumpulan anggota polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada diserang sesak nafas.

Perkara itu didedahkan menerusi posting laman Facebook rasmi IPD tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan berlaku ketika sekumpulan anggota menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Tropicana, Petaling Jaya.

“Lelaki terbabit yang menunggang motosikal kemudian ditahan bagi tujuan pemeriksaan biasa.

“Walaubagaimanapun, penunggang motorsikal itu tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika hendak berhenti.

“Atas dasar perikemanusiaan, ASP Sukri Ahmad telah mengarahkan anggota yang terlibat dalam sekatan jalan raya bagi membantunya,” katanya kenyataan tersebut.

“Sanggup Hantar Sampai Rumah” - Polis Selamatkan Pakcik Abdul Rahman! Diserang Sesak Nafas Ketika...

Difahamkan juga, polis turut menghantar lelaki berkenaan terus ke rumah dengan selamat bagi mengelakkan perkara tidak berkenaan berlaku.

Menurut posting itu, pakcik Abdul Rahman juga sempat mengucapkan terima kasih atas bantuan diberi.

Sementara itu menerusi ruang komen, posting berkenaan telah ‘dihujani’ dengan ucapan tahniah.

Rata-rata mereka memuji kecekapan pihak polis dalam membantu masyarakat walaupun ketika menjalan pemeriksaan jalan.

“One good deed a day..” Semasa sekumpulan anggota polis dari IPD Petaling Jaya sedang menjalankan sekatan jalan raya di.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ketika Polis Sedang Buat ‘Roadblock’, Datang Seorang Pakcik Ini Naik Motor Dan Sesuatu Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*