Lelaki Ini Tekad MahuTerjun Dari Rawang Bypass Sampai Bekas Isteri Datang Pujuk, Punca Lelaki Itu Nak Terjun Didedahkan

Seorang wanita berjaya memujuk bekas suaminya yang mahu terjun dari jambatan Rawang Bypass pada ketinggian kira-kira 100 meter pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san pada jam 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang.

Menurutnya, lelaki berusia 50 tahun itu didapati sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut pada tiang lampu jalan ketika pasukan penyelamat tiba.

“Pihak polis dan bomba berusaha memujuknya namun suspek enggan memberikan kerjasama dan mengugut akan terjun.

“Ketika dalam proses memujuk, datang seorang perempuan yang mendakwa bekas isteri suspek hadir untuk memujuk suspek. Suspek akhirnya berjaya dipujuk,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan mendapati susp3k bertindak demikian selepas menghadapi kr1sis rumah tangga bersama bekas isteri selepas bercerai pada Januari lalu.

“Sus.pek yang baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula.

“Ia adalah perkahwinan kedua suspek selama empat tahun dan tidak dikurniakan zuriat,” katanya.

Tambahnya, suspek ditahan dan akan direm4n pada Sabtu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lelaki Ini Tekad MahuTerjun Dari Rawang Bypass Sampai Bekas Isteri Datang Pujuk, Punca Lelaki Itu Nak Terjun Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*