Tular Video DJ Radio Hitz Sarawak Perlekehkan Guru. Apa Respond Guru Terhadap Itu Dapat Pujian Netizen

Saya bangga jadi guru.

Itu luahan seorang guru wanita yang dijadikan bahan jenaka seorang penyampai radio yang tular baru-baru ini.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Status guru tersebut telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat.

Tinjaun Kosmo! di ruang komen juga mendapati, netizen turut menasihati Rafidah supaya tidak menghiraukan kata-kata kecaman selain turut berterima kasih kepada guru berkenaan.

Terdahulu, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kecaman hebat.

Hitz FM menggantung sementara tugas penyampai radio lelaki Hitz FM Sarawak berhubung perbuatannya mentertawakan seorang guru di saluran DidikTV yang dikecam netizen hari ini.

Hitz FM dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pihaknya mengambil serius akan tindakan penyampai radio berkenaan.

“Hitz komited untuk menghiburkan dan menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan ikhlas memohon maaf atas kertelanjuran penyampai tersebut.

“Kami ambil serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara ini. Buat masa ini, penyampai tersebut akan digantung tugas,” jelasnya.

Sumber : Utusan Online / KOSMO ONLINE

Be the first to comment on "Tular Video DJ Radio Hitz Sarawak Perlekehkan Guru. Apa Respond Guru Terhadap Itu Dapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*