Geng Influencer Ini Selamber Rentas Negeri Sebab Pergi Kenduri Kahwin. Netizen Mula Minta PDRM Untuk Siasat

Tindakan sekumpulan personaliti media sosial berkongsi foto dan video perjalanan merentas negeri di pantai timur mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.

Menerusi kemaskini di Instagram mereka, perjalanan itu difahamkan untuk meraikan kenalan rapat mereka yang mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lalu.

Influencer Ramai-Ramai Rentas Negeri Raikan Member Kahwin, Netizen Tak Puas Hati;

Bagaimanapun, tindakan terbabit mencetuskan rasa berang dalam kalangan netizen sekali gus mempertikaikan kepentingan tujuan mereka untuk merentas negeri ketika negara diancam pandemik.

Selain meluahkan rasa kesal terhadap sikap kumpulan influencer itu, netizen mulai menyerang ruangan komen mereka.

Ada yang menyindir tindakan mereka ketika mana ramai yang masih menanggung rindu untuk bertemu keluarga walaupun ada yang berdepan kecemasan seperti kematian.

Malah, ramai yang mahukan alasan yang kukuh atas tujuan mereka merentas negeri selain mahukan ketelusan pihak berkuasa tanpa sikap double standard terhadap orang kebanyakan.

KOMEN NETIZEN:

“Kdng pelik..org bawahan cm aku ni..xleh rentas daerah..pdhal Ade org tua yg xbape sihat…slalu Tiap bulan akn balek daerah..ni org kayangn menunjuk pegi sane pegi sini”

“Allahu…. Masa mak saya sakit tenat…. Hanya kami suami isteri shj dibenarkan… Anak2 kena tinggal rumah sbb x boleh rentas… Sedangkan itulah kali terakhir nak tengok wajah neneknga sebab mak saya kembali ke rahmatullah seminggu kemudian…. Hibanya kalau betul2 diorang ni lepas dari sop”

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Geng Influencer Ini Selamber Rentas Negeri Sebab Pergi Kenduri Kahwin. Netizen Mula Minta PDRM Untuk Siasat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*