Bekas Isteri Dai Farhan Beritahu Masa Dia Janda Ada Anak 5 Pun Ada Nilai Lagi. Berapa Jumlah Hantaran Dia Terima Didedahkan

Bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin memberitahu dia pernah menerima mas kahwin bernilai RM10,000 ketika sudah bergelar janda anak lima.

Kata Erin, tidak menjadi kesalahan untuk menerima mas kahwin dengan nilai tinggi bergantung pada kemampuan setiap pasangan.

“Ada yang DM tanya akak ni, hampa saja nak bagi akak kena kecam. Kalau akak jawab dia; why not?
“Mas kahwin RM100,000 pun tak apa janji abang mampu. Jangan takut bagi duit kat bini sebab bila abang susah, bini jugalah tolong cover balik nanti.

Silap hari bulan bini cover abang lebih dari abang bagi tu.

“Akak dulu janda anak lima pun mas kahwin akak RM10,000 juga. Hantaran lain kita. Jadi, fikir-fikirkan.

“Kalau orang minta kerja majikan selalu nak fresh graduate ke yang graduate plus experience? Dan gaji siapa lagi tinggi, fresh atau experience?” katanya.

Erin turut memuat naik paparan skrin pertanyaan pengikutnya di Instagram mengenai nilai mas kahwin bagi wanita bergelar janda.

“Saja nak tanya pandangan you isu mas kahwin RM10,000 dan macam mana kalau orang suka tu status janda dan berusia 10 tahun dari saya,” soal pengguna terbabit.

Dalam pada itu, Erin turut menempelak segelintir individu yang skeptikal terhadap pandangan wanita bergelar janda dan anak dara.

“Yang janda dah tentu janda dari anak dara tapi sudah ‘janda’. Lagi satu yang lelaki duk sibuk nak anak daralah apalah, nak tanya cik abang tu teruna lagi ke?

“Tak semua used item jatuh nilai, macam rumah lagi lama lagi mahal. Melaburlah dengan bijak,” tambahnya.

Selain itu, Erin turut berkongsi kriteria memilih pasangan berlandaskan Islam.

“Sebab cantiknya, hartanya, keturunannya, agamanya… Tak ada pula statusnya. Jadi pilihlah sebab nombor empat tu sebab dalam nombor empat ada semua nombor di atas,” kata Erin lagi.

Perkongsian Erin itu mendapat pelbagai reaksi dan sokongan pengguna yang berpendapat janda punyai banyak pengalaman daripada segi kehidupan.

“Setuju kak, J mahal sebab sudah berpengalaman handle rumahtangga dan sudah lebih matang. Saya pun single mom jadi cakap berdasarkan pengalaman sendiri je ni.

Janda ke anak dara ke sama je dua-dua, yang membezakan pengalaman,” tulis seorang pengguna.

“Janda patut mahal lagi. RM100,000 pun tak apa kalau mampu. Sebab janda serba-serbi boleh,” tambah pengguna lain.

“Janda pun wanita yang layak untuk disayangi,” ulas pengguna lain pula.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bekas Isteri Dai Farhan Beritahu Masa Dia Janda Ada Anak 5 Pun Ada Nilai Lagi. Berapa Jumlah Hantaran Dia Terima Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*