Motor Ekzos Bising Di’kejar’ Polis. Ini Hukuman Yang Akan Dikenakan Selain Dari Disaman (Gambar)

Kuala Lumpur: Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenj4ra sehingga enam bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan d3nda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.

Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Motor Ekzos Bising Di’kejar’ Polis. Ini Hukuman Yang Akan Dikenakan Selain Dari Disaman (Gambar)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*