Datuk Rizalman Ingin Bantu Peniaga Susah. Apa Yang Akan Dia Buat Dapat Pujian Netizen

ereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim ingin membantu peniaga makanan yang terkesan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membeli hidangan mereka untuk didermakan kepada golongan memerlukan.

Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman membuat pengumuman tersebut untuk tatapan umum.

“Mai Supply Makan Kat Aku, Aku Bayaq” - Rizalman Ibrahim Mahu Bantu Peniaga Yang Terjejas Dengan PKP

“Bangkit hari ni Allah ilham kat aku. Aku nak siapa-siapa peniaga makanan lauk-pauk yang mengalami kesan daripada meniaga tak berapa nak laku tu masa COVID ni, kot-kot hangpa berminat nak supply makan untuk aku, aku bayar dan aku akan agihkan pada pihak-pihak yang memerlukan bulan puasa nak mai ni.

“Boleh la DM @rizalman71fanclub untuk mendaftar sebagai calon-calon saringan dan #sukaRIlawan aku akan membantu proses pengagihan nanti,” tulis Rizalman di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terharu melihat usaha Rizalman dalam membantu golongan peniaga yang terjejas pendapatan.

“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan, ameen,” tulis seorang wargamaya.
“Ilham yang dirahmati. Terbaik dato,” kata seorang wargamaya.

“Allahuakbar, syukur ke hadrat Allah SWT, semoga Tuhan murahkan rezeki dato,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 11,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Datuk Rizalman Ingin Bantu Peniaga Susah. Apa Yang Akan Dia Buat Dapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*