Nabil Mahir Tidak Berpuashati Apabila Ada Pihak Yang Menghebohkan Berita Kehamilan Isterinya Ayda Jebat

Selepas lapan bulan mengikat pertunangan, Ayda Jebat telahpun selamat diijab kabul bersama jejaka pilihan hati, Nabil Mahir dengan sekali lafaz pada January lepas.Nabil sebelum ini melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 18 Mac tahun lepas.

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan sudah mendapat berita gembira.

Ia berikutan Ayda dikatakan sudah hamil selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.Sumber mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah hamil namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya.

Namun Nabil Mahir dan Ayda Jebat kurang senang dengan pihak media yang menyiarkan berita tentang Ayda dikatakan sudah hamil. Mereka berasakan pihak media berkenaan tidak hormat kerana menyiarkan berita gembira itu tanpa kebenaran pasangan ini.

Nabir Mahir telah luahkan rasa tidak puashati di laman IG miliknya, berikut adalah luahannya:

Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya.Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya & Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?

Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dlm dunia ini yg inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas & dijadikan sebagai viral di portal gossip @mstaronlineofficial.Saya faham Encik @niezamabdullah nak portal viral, but have some respect in other people’s business. You don’t earn respect because awak beruban? Saya pun banyak uban. Tua tapi tiada etika, siapa yang nak respect? Respect is to be earn. Nobody respect you if you can’t respect them.

Nak cakap tentang agama? Buat platform gossip utk viral tanpa kesahihan serta kebenaran tuan punya badan dapat pahala? You don’t even contact me or Ayda & your reporter don’t even call Ayda. Ibarat penyamun dh samun barang, bila kita tanya, kita salah. Sebab? Tak bagi salam dulu? Tapi kau dah samun dulu tak bagi salam jugak okay ke?

Call tak pickup, cakap meeting. Meeting sampai mlm? Viralkan artikel laju, nk jawab call susah?

Encik dah lama bekerja dalam bidang wartawan? Nabil pun pernah bertugas sebagai broadcast journalist & host di HLive dulu. Tak lama tapi ada la sikit ilmu yg saya belajar. Kalau selebriti yg taknak atau tak selesa kita bercakap tentang sesuatu perkara, tak reply message & tak angkat call, kita tak akan keluarkan cerita tu. Sebab respect. Jadi wartawan yg berperikemanusiaan & bertauliah. Bukan sekadar nak viral semata tanpa fikir perasaan orang lain. Kalau kena dekat keluarga sendiri macam mana?

Reporter lain pun tau Ayda/Adik jenis akan jawab soalan reporter dengan baik & solid jika kena dgn masa & soalan sesuai untuk di jawab. Mereka boleh respect & faham, how about you?Anyway, Terima kasih dari hati yg dalam di atas semua doa & wishes. Minta maaf pada yg tak reply & jawab call. Harap semua faham. Nabil & Ayda love you guys so much. 🤍

Berikut adalah luahan Nabil kepada media yang menyiarkan berita kehamilan isterinya tanpa kebenarannya.

Be the first to comment on "Nabil Mahir Tidak Berpuashati Apabila Ada Pihak Yang Menghebohkan Berita Kehamilan Isterinya Ayda Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*