Perkongsian Terbaru Dai Syed Buat Ramai Wanita Tidak Keruan

Setiap insan atau individu dituntut membaca dan memahami Al-Quran dan mengikut Sunnah Nabi S.A.W. Janganlah kita terlalu taksub atau fanatik dengan individu-individu lain. Lihat sekeliling anda. Ramai antara kita yang seperti taksub atau fanatik dengan seseorang individu sampai apa yang dicakap semuanya benar tanpa menilai sendiri apa yang mereka sampaikan. Ini termasuklah individu seperti ustaz-ustaz, ulamak-ulamak, pemimpin-pemimpin, selebriti dan lain-lain lagi.

Pendakwah muda, Da’i Syed memberi bayangan akan mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual biskut atau cookies.

Menerusi Instagram (IG), Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail ada memuat naik tiga keping foto yang bertujuan untuk promosi.

“Resipi tidak mempunyai jiwa. Anda, sebagai tukang masak, mesti menghidupkan resipi.Bismillah, akan datang tidak lama lagi @asyedap_hq,” tulisnya sebagai kapsyen dalam bahasa Inggeris.

Rata-rata terpegun serta jatuh hati selepas melihat ketampanan Syed memakai apron.Malah, ada segelintirnya tidak sabar untuk membeli dan merasai air tangan jejaka berusia 26 tahun itu.

Foto yang dikongsikan itu membuatkan peminat berasa tidak keruan terutamanya dalam kalangan wanita.

“@sarahsabree: Pakai apron pun macho. Aku penat la macam ni.
“@__sitinrumyrh__: Aku penat la cair.
“@daisyed.ds: Buat cookies pun comel.
“@_frhnrayuni: Masak pun hensem tak tau nak cakap la.
“@areenaa_nina: Untung sapa dapat dia ni. Pandai buat cookies.
“@nratkhsbr: Buat biskut pun comel,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Sehingga artikel ini ditulis, entri itu telah mendapat lebih 50,000 tanda suka (liked) dan hampir 1,000 komen.

Terdahulu, Daie Syed menjadi kontroversi kerana didakwa memperdaya beberapa wanita sehingga berlakunya salah laku.

Kredit:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Perkongsian Terbaru Dai Syed Buat Ramai Wanita Tidak Keruan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*