Doktor Ini Sekolahkan Gadis-gadis Yang Selamba Drip Vitamin C Gantung Dalam Kereta

Isu perkhidmatan suntikan atau ‘drip’ vitamin C sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila tularnya sebuah video memaparkan proses berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, video tersebut memaparkan seorang pengguna yang melakukan ‘drip vitamin C’ hanya di dalam kereta.

Biarpun tidak pasti sama ada ia berlaku di Malaysia ataupun negara jiran, namun ia masih menjadi perdebatan ramai.

Antara yang tampil menjelaskan keburukan tindakan tersebut adalah Dr Lim Ing Kien.

Menerusi satu video di Instagram, Dr Lim menjelaskan perkhidmatan suntikan vitamin C yang dilakukan oleh individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara.

“Suntikan vitamin C demi kecantikan adalah haram dari segi undang-undang.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menang tak benarkan cucuk vitamin C, kalau siapa-siapa cucuk vitamin C untuk orang lain akan dipenjara selama beberapa tahun.

“Kita juga tiada kajian keselamatan, jangka masa panjang tak tahu bila cucuk ada side efek buruk atau tidak.

“Sebagai doktor saya tidak benarkan pesakit saya cucuk vitamin C,” katanya.

Tambahnya, sumber vitamin C digunakan juga tidak dikenal pasti daripada mana sumbernya..

“Tiada kilang dibenarkan untuk keluarkan vitamin C demi kecantikan,” katanya.

KREDIT:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Doktor Ini Sekolahkan Gadis-gadis Yang Selamba Drip Vitamin C Gantung Dalam Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*