Setelah 5 Bulan Menyepi, YouTube Sugu Pavithra Meriah Kembali Video Masakan Baharu

Kontroversi pasangan Youtuber masakan popular Sugu Pavithra hampir melenyapkan nama mereka sekitar enam bulan lalu.
Tiada sebarang khabar apatah lagi video masakan sepertimana yang sering dikongsikan pasangan itu di platform YouTube mereka sebelum ini.Bagaimanapun, akaun YouTube Sugu Pavithra kembali aktif sejak seminggu lalu apabila mereka mula memuat naik video masakan terbaharu.

Berkongsi resepi Briyani Kambing & Salad Timun, kemunculan pasangan itu dialu-alukan peminat setia mereka.Meninjau ruangan komen video masakan terbabit, ramai yang menyambut baik kemunculan semula Sugu Pavithra dan berharap pasangan itu kembali berkongsi video seperti sediakala.

“Welcome back akak Pavithra, lama sudah hilang. Buat yang terbaik okey. Kita rakyat Malaysia support you,” tulis Isa Abdillah Mohamad.Semoga pasangan suami isteri sugu dan pavithra serta anak-anak sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu,” doa seorang pengguna.

“Teruskan upload and share what about you like to do in cooking..just ignore negetive comments,” nasihat Haan Haxxi.

“Wahh saya terkejut setelah lama menghilang tiba-tiba dapat notification dari Sugu Pavithra, saya terus click. Ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya awak Pavithra,” tambah Mrjoemarc Official.

Terdahulu, pasangan YouTuber yang mengumpul lebih 800,000 subscriber itu bertindak memadamkan semua video masakan mereka sekitar Oktober tahun lalu.

Populariti kilat pasangan itu ranap apabila Sugu ditahan pihak berkuasa atas dakwaan memukul Pavithra pada Julai 2020. Bagimanapun, Pavithra telah memaafkan suaminya atas kekasaran yang terjadi.

Kredit:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Setelah 5 Bulan Menyepi, YouTube Sugu Pavithra Meriah Kembali Video Masakan Baharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*