Setelah Diburu Pihak Berkuasa, Muncul Video Sajat Mengaku Nak Keluar Agama Dan Nyatakan Sebab Puncanya

Mutakhir ini, berita pertukaran agama,khususnya yang melibatkan permohonan keluar daripada agama Islam sering menjadi perhatian umum atau media massa. Sekalipun isu ini telah lama berlaku dan tidak banyak dilaporkan, realitinya isu ini merupakan serangan barah akidah yang semakin galak menular. Fenomena ini amat membimbangkan kerana turut memberikan kesan kepada masyarakat, khususnya di Malaysia yang menjunjung Islam sebagai identiti negara.

Gejala murtad merupakan antara isu yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat Muslim, khususnya di Malaysia. Pelaku murtad dianggap melakukan kesalahan yang besar terhadap agama dan umat Islam keseluruhannya kerana mencemarkan imej Islam yang syumul dan sejahtera. Sekalipun tidak ada statistik yang tepat tentang jumlah sebenar Muslim yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh mahkamah, gejala ini amat membimbangkan dan perlu dibendung penularannya.

Tidak dapat dipastikan bila video itu dimuatnaik, namun kali ini ia memaparkan pengakuan usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh berniat menukar agama.

Disebabkan isunya besar dan bagi mengelakkan tersalah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang diluahkannya dalam klip video berdurasi 1 minit 48 saat itu.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

Terdahulu, polis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jais mengesan Nur Sajat.

VIDEO SAJAT MENGAKU NAK KELUAR AGAMA

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.

“Polis sentiasa bersedia untuk membantu Jais mengesan Nur Sajat,” katanya dalam laporan terdahulu MyMetro, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, Jais dan Polis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sebaliknya dalam semua perkara.

“Jais akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menguatkuasakan segala undang-undang termasuk berkaitan kes terbabit,” katanya.

Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Sumber memberitahu, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah terbabit.

Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.

Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.

Sumber: Hmetro/TwoEkesah

Be the first to comment on "Setelah Diburu Pihak Berkuasa, Muncul Video Sajat Mengaku Nak Keluar Agama Dan Nyatakan Sebab Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*